NADI– KIDVENTURES: Video Pembelajaran 13.0 – 13.3
11 Mei 2026 | Aktiviti Terkini10 Mei 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas kesedaran: NADI – KIDVENTURES: Video Pembelajaran 13.0 – 13.3. Seramai 2 orang peserta telah mengikuti kelas atas talian ini.
Video pembelajaran ini memberi pendedahan kepada peserta tentang asas keusahawanan dan cara membina minda usahawan yang positif. Peserta diperkenalkan dengan modul berkaitan sikap usahawan, cara melihat cabaran sebagai peluang serta teknik menghasilkan idea perniagaan yang kreatif. Selain itu, peserta turut memahami bahawa kekurangan modal bukan penghalang untuk memulakan perniagaan jika mempunyai perancangan yang baik dan strategi yang sesuai.
Melalui topik “Saya Ada Idea Tapi Saya Tiada Modal”, peserta diajar cara memulakan perniagaan kecil menggunakan kemahiran, media sosial dan sumber sedia ada. Video ini juga menerangkan tentang Business Model Canvas (BMC) sebagai panduan mudah untuk merancang perniagaan dengan lebih tersusun. Peserta dapat mengenal pasti pelanggan sasaran, produk, kos, keuntungan dan strategi pemasaran secara ringkas dan praktikal. Pembelajaran ini membantu meningkatkan keyakinan diri, kreativiti dan semangat keusahawanan dalam kalangan peserta agar lebih bersedia membina perniagaan sendiri pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: